awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Somalia kutuk serangan letupan bom

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2019
23:45 MYT
Presiden Somalia kutuk serangan letupan bom
Mohamed Abdullahi Mohamed Farmajo, Presiden Somalia berucap pada sesi ke-74 UNGA di ibu pejabat PBB di New York City, New York, AS, 26 Sept, 2019. REUTERS/Fail
PRESIDEN Somalia mengutuk serangan letupan bom melibatkan sebuah trak di pusat kawalan pemeriksaan pada Sabtu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang dan menyebabkan ratusan mangsa lain cedera.
Mohamed Abdullahi Mohamed mendakwa serangan tersebut didalangi kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan Al-Qaeda, iatu Al-Shabab.
"Rakyat Somalia dan kerajaan Somalia tidak boleh dikecewakan dan tidak boleh dihalang daripada terus membangun dan membina semula negara mereka.
"Pengganas Al-Shabab ini berjuang untuk kepentingan pengganas antarabangsa.
"Mereka berada di sini untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai dan menghalalkan darah dan harta rakyat Somalia, serta menyebabkan kerosakan dan kemusnahan," katanya.
Letupan bom berlaku berhampiran pusat pemeriksaan dan pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai, termasuk bas yang membawa pelajar universiti.
Selain meragut nyawa, sekurang-kurang 125 orang cedera dalam insiden itu selepas sebuah kenderaan penuh bahan letupan meletup di Mogadishu, ibu negara Somalia.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan pelajar universiti yang baru pulang dari kelas dan pegawai polis.
Ketua polis Somalia Abdi Hassan Hijar berkata, kenderaan itu meletup selepas polis di pusat pemeriksaan menghalangnya dari masuk ke bandar.
Sehingga kini, Al-Shabab masih belum mengeluarkan kenyataan sama ada mereka bertanggungjawab atau sebaliknya berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#bom
#cedera
#letupan
#Mogadishu
#Mohamed Abdullahi Mohamed
#pelajar
#pengganas
#polis
#rakyat
#serangan
#Somalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan