INTERNATIONAL
Presiden Trump harap Arab Saudi normalkan hubungan dengan Israel

Presiden Trump, berucap di Forum Pelaburan Arab Saudi - Amerika Syarikat yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa. - Gambar Reuters
RIYADH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan harapannya agar Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham - siri perjanjian normalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Arab yang dirunding oleh pentadbirannya semasa penggal pertama.
“Ini adalah harapan, hasrat dan bahkan impian saya agar Arab Saudi akan segera menyertai Perjanjian Abraham,” kata Trump ketika berucap pada Forum Pelaburan Arab Saudi - Amerika Syarikat, di sini, pada Selasa.
“Saya percaya ia akan menjadi satu penghormatan besar kepada negara anda dan merupakan langkah penting untuk masa depan Timur Tengah.”
Bagaimanapun, kenyataan Trump itu mengundang kritikan dari pegawai Palestin yang menyifatkan tindakan normalisasi tersebut sebagai “satu lagi tikaman pengkhianatan terhadap perjuangan Palestin.”Sehingga kini, Arab Saudi masih belum mengiktiraf kewujudan negara Israel dan kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan dua hala secara rasmi. - Agensi

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami