awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Turkiye gesa Israel patuhi perjanjian gencatan senjata Gaza

Bernama
Bernama
12/10/2025
20:30 MYT
Presiden Turkiye gesa Israel patuhi perjanjian gencatan senjata Gaza
Erdogan (gambar) menyuarakan harapan agar perang Rusia-Ukraine akan berakhir "secepat mungkin."- Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Ahad menggesa Tel Aviv mematuhi komitmennya di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.
"Kini ujian yang jauh lebih besar menanti dunia Islam dan umat manusia," katanya semasa bercakap di bandar Trabzon di Laut Hitam.
Selain menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Gaza di bawah perjanjian itu, Erdogan berkata usaha telah dipertingkatkan dan trak bantuan yang dihantar oleh Turkiye telah mula tiba di wilayah Palestin berkenaan.
Erdogan berkata langkah-langkah perlu diambil sebelum musim sejuk bermula, sambil menambah bahawa penduduk Gaza perlu diselamatkan daripada tempat perlindungan sementara dan berikrar bahawa Ankara akan terus memberikan sokongan.
Mengenai konflik Rusia-Ukraine yang akan memasuki tahun keempat, Erdogan menyuarakan harapan agar perang itu akan berakhir "secepat mungkin", sambil menyatakan kesediaan untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi membantu menyelesaikannya.
Ankara sedang berhubung dengan kedua-dua Rusia dan Ukraine untuk menghentikan perang dan mewujudkan keamanan, kata presiden itu, sambil menambah bahawa Turkiye mengutamakan keselamatan di Laut Hitam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Recep Tayyip Erdogan
#bantuan kemanusiaan
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami