awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden UAE umum AS$5 juta untuk kempen vaksinasi polio di Gaza

Bernama
Bernama
31/08/2024
03:40 MYT
Presiden UAE umum AS$5 juta untuk kempen vaksinasi polio di Gaza
Seorang kanak-kanak yang disahkan dijangkiti virus polis berehat di khemah pelarian Deir al-Balah di Semenanjung Gaza. - Foto AP
ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan telah mengumumkan peruntukan sebanyak AS$5 juta untuk membiayai kempen vaksinasi polio di Gaza, susulan kemunculan semula virus itu di wilayah berkenaan.
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), kempen yang akan bermula pada 1 September ini akan dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), UNICEF dan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Inisiatif itu bertujuan untuk memberikan dua dos vaksin polio kepada lebih 640,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Gaza, sebagai usaha untuk menghentikan penularan virus dan mengelakkan wabak yang lebih meluas di rantau berkenaan.
Kempen vaksinasi itu akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di tengah Gaza sebelum diteruskan ke selatan dan utara Gaza.
Setiap fasa akan berlangsung selama tiga hari, dilakukan semasa tempoh jeda kemanusiaan di kawasan tertentu untuk memastikan kanak-kanak dan keluarga mereka dapat mengakses kemudahan kesihatan serta membolehkan pekerja komuniti mencapai mereka yang memerlukan.
Sebagai persediaan untuk kempen itu, kira-kira 1.26 juta dos vaksin polio telah dihantar ke Gaza, dengan tambahan 400,000 dos dijangka tiba tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden UAE
#peruntukan
#vaksin polio
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan