awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Ukraine sangat 'yakin' Rusia akan kalah dalam perang

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2023
23:45 MYT
Presiden Ukraine sangat 'yakin' Rusia akan kalah dalam perang
Presiden Volodymyr Zelenskiy (kiri) dan Perdana Menteri Mette Frederiksen berbual semasa kedua-dua pemimpin itu meninjau jet tempur F-16 fighter di Vojens, Denmark, pada Ahad lalu. - Foto REUTERS
COPENHAGEN: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sangat ‘yakin’ bahawa Rusia akan kalah dalam peperangan di Ukraine.
"Pada hari ini kami yakin bahawa Rusia akan kalah dalam peperangan ini... Saya yakin kami akan menang kerana kebenaran ada di pihak kami," kata Zelensky dalam ucapannya di luar Parlimen Denmark, pada Isnin.
Keyakinan Zelensky itu disuarakan beliau sehari selepas Denmark bersama-sama dengan Belanda mengumumkan akan membekalkan 42 buah jet tempur F-16 buatan Amerika Syarikat yang canggih untuk memperkuat pasukan udara Ukraine yang berdepan serangan balas Rusia.
"Yang paling utama ialah apa yang kami buktikan dengan kemenangan (iaitu) dengan kerjasama... bersama-sama kami membuktikan bahawa hidup adalah nilai, bahawa kemanusiaan itu penting. Kebebasan penting, Eropah penting," kata pemimpin Ukraine itu lagi.
"Ia akan menjadi kemenangan bersama. Tentang kebenaran, demokrasi, rakyat kami, bangsa kami."
Pada hari Ahad, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen berkata, negaranya akan menyerahkan 19 pesawat F-16 iaitu enam daripadanya menjelang akhir tahun ini, lapan pada tahun depan dan lima pesawat lagi pada 2025.
Pada hari Isnin juga, Rusia memberi amaran bahawa penghantaran pesawat canggih tersebut mewakili "peningkatan konflik".
"Dengan bersembunyi di sebalik prinsip bahawa Ukraine sendiri harus menentukan syarat-syarat untuk keamanan, Denmark melalui perbuatan dan perkataannya membuatkan Ukraine tidak mempunyai pilihan selain meneruskan konfrontasi ketenteraan dengan Rusia," kata Duta Besar Rusia di Denmark, Vladimir Barbin, dalam kenyataan kepada AFP.
Sementara pada Julai lalu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, Moscow akan mempertimbangkan F-16 sebagai ancaman "nuklear" kerana kapasitinya untuk membawa senjata atom. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Ukraine yakin Rusia kalah perang
#Volodymyr Zelenskyy
#Jet F-16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan