BEIJING: Presiden China Xi Jinping bertemu dengan Gabenor California Gavin Newsom di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu.
Xi berkata China dan Amerika Syarikat (AS) selaku dua entiti ekonomi terbesar, menyumbang lebih sepertiga daripada ekonomi global serta hampir seperempat populasi dunia.
Nilai dagangan dua negara dicatat kira-kira seperlima daripada keseluruhan global dan kepentingan kedua-dua pihak adalah saling berkait rapat.
"Hasil dicapai dalam hubungan dua negara tidak datang dengan mudah dan harus dihargai.
"Dasar China terhadap AS adalah konsisten iaitu saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung.
"China akan terus berusaha ke arah itu dan berharap AS dapat bergerak sehaluan," kata Xi.
Beliau berkata perkembangan kukuh hubungan China-AS memerlukan tenaga semua pihak.
Asas hubungan dua negara berakar dalam kalangan rakyat dan masa depan terletak pada golongan belia. Kedinamikannya pula lahir daripada pertukaran dan kerjasama di peringkat setempat.
Xi berharap lawatan Newsom akan meningkatkan persefahaman kedua-dua negara dan memainkan peranan positif dalam memperluas kerjasama China dengan California, sekali gus menggerakkan perkembangan mantap hubungan China-AS.
"China dan AS menikmati potensi besar dalam kerjasama membabitkan pembangunan hijau dan usaha menangani perubahan iklim.
"Kedua-dua pihak boleh mengukuhkan kerjasama dalam bidang itu hingga menjadikannya tarikan baharu hubungan bilateral," tambah beliau.
Sementara itu, Newsom berkata China mencapai kejayaan yang menakjubkan sepanjang beberapa dekad lalu, khususnya dalam bidang pembangunan tenaga baharu.
Beliau menyifatkan hubungan AS-China amat penting bagi masa depan AS serta kesejahteraan rakyat.
"Saya sedia menggalakkan California mengukuhkan pertukaran dengan China dan menjalin kerjasama lebih erat dalam bidang seperti perubahan iklim dan tenaga baharu.
"California sudi menjadi rakan kongsi yang mantap dan kuat bagi China untuk jangka panjang," kata Newsom.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Xi berkata, dasar China terhadap AS adalah konsisten iaitu saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung. - Reuters
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Memanfaatkan potensi hubungan Malaysia-China untuk kemakmuran masa depan
Trajektori masa hadapan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada libat urus berterusan dan usaha mempromosi pembangunan mampan dan kemakmuran.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.