BEIJING: Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa pusingan baharu revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian terus berlarutan dan manusia memerlukan kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian lebih erat untuk bersama menyelesaikan masalah pembangunan.
Xi berkata demikian menerusi perutusan tahniah sempena perasmian Forum Zhongguancun (ZGC) 2023 di sini pada Khamis.
"China komited meneruskan strategi keterbukaan untuk sama menang, serta bersedia berganding tangan dengan semua negara di dunia untuk mempromosikan inovasi sains dan teknologi, agar ia boleh memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat semua negara," kata beliau.
Beliau berkata bandar Beijing perlu memanfaatkan kelebihannya dari pendidikan, sains dan teknologi, serta tenaga insan, mendorong inovasi terselaras dalam sains dan teknologi serta sistem, memperkasakan pembaharuan ZGC, mempercepat pembinaan taman sains dan teknologi peringkat global, selain berusaha untuk menerajui inovasi teknologi termaju dan pembangunan industri berteknologi tinggi.
Forum ZGC 2023 yang bertemakan "Open Cooperation for a Shared Future" dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains dan Teknologi, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Maklumat, Suruhanjaya Pemantauan dan Pentadbiran Aset Milik Negara Dewan Negara, Akademi Sains China, Akademi Kejuruteraan China, Persatuan Sains dan Teknologi China, dan kerajaan bandar Beijing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Xi berkata, bandar Beijing perlu memanfaatkan kelebihannya dari pendidikan, sains dan teknologi, serta tenaga insan, mendorong inovasi terselaras dalam sains dan teknologi serta sistem. - Gambar fail/AP

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.

Presiden Xi seru dunia bina tamadun multipolar
Xi berkata mematuhi multilateralisme yang sebenar di samping mendorong pembangunan serantau yang terselaras adalah konsensus bersama masyarakat antarabangsa.

Tiada rancangan untuk tarik sekatan ke atas China - Joe Biden
Joe Biden berkata, beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.

Presiden Xi gariskan hala tuju kerjasama China-Asia Tengah
Presiden China, Xi Jinping, menggariskan hala tuju bagi kerjasama antara China dengan lima negara Asia Tengah pada era baharu di Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang diadakan di sini, Jumaat.

39 kru hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT).

Sidang Kemuncak China-Asia Tengah beri makna amat besar
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang dijadual diadakan pada minggu hadapan memberi pengertian yang besar kepada jalinan ikatan antara China dengan negara-negara terlibat.

Dialog, rundingan mekanisme tunggal tangani krisis - Presiden Xi
Xi Jinping menyifatkan dialog dan rundingan sebagai satu-satunya jalan bagi menyelesaikan krisis Ukraine, selain menyatakan tiada pihak yang akan menang dalam perang nuklear.

China akan hantar wakil khas ke Ukraine: Xi maklumkan kepada Zelenskyy dalam perbualan telefon
China konsisten dan jelas dalam kesediaannya untuk membangunkan hubungan dua hala dengan Ukraine, kata Xi kepada Zelenskyy.

Forum data dunia PBB membuka tirainya di Hangzhou
Forum Data Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kali keempat yang bertemakan Towards Data that Empowers Our World membuka tirainya di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada Isnin.

China komited perkasakan pembaharuan dan keterbukaan bertaraf tinggi
Xi Jinping melawat kawasan perusahaan, pelabuhan dan kawasan luar bandar di bandar Zhanjiang, Maoming dan Guangzhou.