MONGOLIA DALAM: Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.
Beliau berkata, usaha itu memerlukan langkah bersepadu semua pihak terlibat, di samping memantapkan pelaksanaan program Jalur Pelindung Hutan Three-North di barat laut, utara dan timur laut China.
Xi berkata demikian semasa melakukan tinjauan selama dua hari mulai Isnin di bandar Bayannur, di sini.
Menurut beliau, usaha itu berkait rapat dengan keselamatan ekologi, pembinaan negara yang kuat serta pembangunan mampan bangsa dan ia juga disifatkan sebagai perjuangan murni berikutan sumbangannya untuk masa kini dan juga masa depan.
Xi turut menzahirkan harapan agar benteng perlindungan ekosistem berkenaan dapat diperkukuh, sekali gus beroleh pencapaian yang lebih besar dalam usaha membina China yang indah.
"Untuk itu, China akan memperhebat pertukaran dan kerjasama antarabangsa secara menyeluruh bagi melaksanakan Konvensyen Mengatasi Penggurunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), terlibat dalam penanganan penggurunan, mengintensifkan kerjasama dengan negara jiran, mendukung negara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dalam pencegahan hakisan tanah dan penghijauan di kawasan gurun, mendorong pelbagai negara dalam dialog dasar dan kongsi maklumat bagi menghadapi bencana ribut pasir," kata beliau pada Selasa.
Dalam lawatannya ke wilayah autonomi China itu, Xi telah meninjau ke zon perlindungan alam , zon rintis pertanian moden, padang hutan dan jabatan pengairan di bandar Bayannur.
Sebagai persimpangan beberapa banyak kawasan fungsi ekologi di bahagian utara China, Tasik Wuliangsu adalah pelindung ekologi yang semulajadi yang berperanan mengawal sumber ribut pasir di sekitar bandar Beijing dan Tianjin.
Pada hari pertama di Mongolia Dalam, Xi telah melihat panorama alami dan persekitaran ekologi berhampiran Tasik Wuliangsu yang membolehkannya mendalami perlindungan integrasi dan penjagaan terhadap gunung, air, hutan, ladang, tasik, rumput dan pasir, serta pemulihan persekitaran ekologi.
Beliau seterusnya mengunjungi zon rintis pertanian moden di sebelah selatan Tasik Wuliangsu untuk melihat sampel tanah dan benih selain mengiktiraf usaha setempat mengubah suai dan menggunakan tanah tandus salina, alkali, pasir, mendorong pengairan saintifik dan pertanian moden.
Pada hari terakhir, Xi melawat padang hutan di daerah Linhe untuk mengetahui pembangunan program Jalur Pelindung Hutan Three-North.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk meninjau ke Pusat Pemantauan Maklumat Jumlah Air Hetao sebelum berlepas pulang ke Beijing. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan. - Gambar fail/AP

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

Johari wakili Kerajaan Malaysia, saksikan pembukaan Sukan Asia ke-19 oleh Xi Jinping
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal mewakili Kerajaan Malaysia untuk menyaksikan pembukaan rasmi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Sabtu.

G20: Pemimpin dunia mula berhimpun di India
Sidang kali ini tidak akan dihadiri Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Joe Biden kecewa Xi Jinping tidak akan hadir sidang G20 di India
Biarpun Presiden China tidak hadir, Presiden AS akan tetap 'bertemu dengannya.'

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembantu dihalang iringi Presiden China Xi Jinping
Seorang anggota delegasi Presiden China, Xi Jinping telah dihalang daripada mengiringi pemimpin itu semasa Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg.

China galak modenisasi berteraskan simbiosis manusia, alam sekitar
Presiden China, Xi Jinping, menekankan peri pentingnya untuk menggalakkan pembangunan modenisasi yang berteraskan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam usaha membina 'China yang Indah'.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

China ikrar beri sumbangan kepada kerjasama pembangunan global
China akan terus menyumbang lebih banyak sumber kepada kerjasama pembangunan global dan bersinergi dengan masyarakat antarabangsa untuk memantapkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.