awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri

Bernama
Bernama
11/01/2025
22:30 MYT
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu. - Foto Facebook/Yassierli Yassierli
PADANG: Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Yassierli, menekankan bahawa tahap produktiviti buruh yang rendah terus menjadi halangan utama kepada pertumbuhan ekonomi negara ini, lapor agensi berita ANTARA.
"Fakta bahawa produktiviti kekal tidak berubah adalah tidak boleh diterima," katanya semasa dialog bersama alumni Universiti Andalas di Padang pada Sabtu.
Beliau berkata sektor seperti pertanian, perdagangan, dan pembuatan yang menggaji sebahagian besar tenaga kerja menunjukkan tahap produktiviti yang agak rendah.
Sebaliknya, sektor seperti perlombongan, hartanah, serta teknologi maklumat dan komunikasi yang menggaji tenaga kerja lebih kecil mencatatkan tahap produktiviti yang jauh lebih tinggi.
Bagi menangani cabaran ini, Kementerian Tenaga Kerja telah melaksanakan dasar latihan vokasional "triple skilling" yang merangkumi skilling, reskilling, dan upskilling. Pendekatan pelbagai dimensi ini penting untuk menyesuaikan diri dengan permintaan landskap industri moden yang berubah dengan pantas.
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu dengan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki pasaran kerja sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.
Inisiatif reskilling pula bertujuan membantu pekerja yang berdepan risiko kehilangan pekerjaan dengan menyediakan kemahiran baharu yang diperlukan untuk beralih kepada peranan baharu.
Sementara itu, program upskilling memberi tumpuan kepada meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja sedia ada, sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam syarikat.
Sebanyak 63 peratus industri mengenal pasti jurang ketara antara kemahiran yang diperoleh oleh lepasan universiti dengan keperluan sebenar pasaran kerja Indonesia, tegas Yassierli, sambil menekankan keperluan kritikal program berkenaan.
Yassierli turut menyatakan bahawa produktiviti Indonesia masih ketinggalan berbanding negara ASEAN lain, dengan Vietnam sebagai contoh.
Kajian menunjukkan bahawa 10 peratus tenaga kerja Vietnam adalah lulusan institusi pendidikan vokasional, berbanding kurang daripada satu peratus tenaga kerja Indonesia yang menjalani latihan vokasional.
--BERNAMA-ANTARA
Topic Berkaitan
#produktiviti
#pertumbuhan ekonomi
#Yassierli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan