awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor, rakan penyelidik diculik di Papua New Guinea

Bernama
Bernama
20/02/2023
11:27 MYT
Profesor, rakan penyelidik diculik di Papua New Guinea
Kumpulan itu sedang melakukan kajian lapangan di kawasan terpencil di Wilayah Highlands sebelum diculik. - Gambar hiasan
MOSCOW: Seorang profesor dari Australia dan tiga rakannya dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata di Papua New Guinea dan menuntut bayaran tebusan daripada kedua-dua kerajaan Papua dan Australia, lapor media pada Isnin.
Profesor itu, rakan penyelidik serta penyelaras program penyelidikan dan dua siswazah Universiti Papua New Guinea, sedang melakukan kajian lapangan di kawasan terpencil di Wilayah Highlands, lapor Sputnik memetik penyiar Australia ABC News.
Pihak berkuasa Papua New Guinea telah memulakan rundingan dengan penculik, kata Perdana Menteri James Marape.
"Saya mahu memaklumkan kepada keluarga mereka yang dijadikan tebusan bahawa kami telah berusaha dan dapat menghubungi penculik," kata Marape kepada wartawan.
Perdana menteri itu berkata mubaligh di kawasan itu turut membantu dengan menjadi orang tengah dalam rundingan dengan penculik.
Kejadian serupa berlaku pada awal bulan ini di bahagian barat pulau New Guinea apabila kumpulan pemisah tempatan yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Indonesia, menjadikan seorang juruterbang New Zealand sebagai tebusan.
Penculik menuntut kerajaan Indonesia supaya menghentikan kekerasan terhadap pemberontak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Papua New Guinea
#kes culik
#tebusan
#profesor universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan