KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi (KSA) menerusi Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melancarkan projek bersepadu yang mensasarkan penjimatan pengaliran air wuduk sehingga 60 peratus di Masjidil Haram, Mekah.
Menerusi perkongsiannya di Twitter pada Khamis, jabatan itu menyatakan, kerja-kerja sedang dijalankan untuk melaksanakan projek itu dengan kerjasama beberapa agensi.
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha menyediakan fasiliti dan perkhidmatan terbaik terutama dalam menyantuni jemaah Haji dan Umrah antarabangsa walaupun masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Selain menjimatkan air wuduk, setakat ini beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan termasuklah pemasangan kamera termometer bagi mengesan suhu badah Jemaah yang melalui pintu-pintu masuk ke Masjidil Haram, diikuti pelancaran robot pintar yang direka untuk mengedarkan air Zamzam tanpa melibatkan sebarang sentuhan.
Sementara itu di Masjid Nabawi, Madinah, Jabatan itu memaklumkan permaidani mewah yang menutupi lantai ruangan Raudah turut ditambahbaik dengan pemasangan mikrocip (RFID) pada setiap helai.
Implementasi teknologi RFID berkenaan membantu daripada segi pemantauan data pembuatan, penggunaan, lokasi dan waktu pencucian setiap helai permaidani.
Ketua Pengarah Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al-Sudais pada Selasa (31 Ogos) dilaporkan berkata, sangat penting menggunakan teknologi terkini bagi keselamatan jemaah terutamanya ketika musim pandemik Covid-19.
Bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), jika sebelum ini kemudahan ruang solat untuk mereka di Masjidil Haram terhad bagi OKU pendengaran sahaja pada hari Jumaat, kini terdapat ruangan solat dan laluan tawaf sunat khas bagi semua jemaah umrah OKU yang dilancar pada 29 Ogos.
Pada 26 Ogos, Mushaf Quran Braille digital turut diperkenal.
Menurut laporan, setakat ini beberapa peranti dan teknologi moden telah diaplikasi untuk menjalankan fungsi pembersihan dan pensterilan di Masjidil Haram, antaranya 11 unit robot pintar kecerdasan buatan (AI) dan 40 unit alat pensterilan wap kering dan basah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha menyediakan fasiliti dan perkhidmatan terbaik terutama dalam menyantuni jemaah Haji dan Umrah antarabangsa. - Foto fail
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah
Para jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu dan dua kilometer dari kawasan masjid.
25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan
Sebanyak 50 tempat mengambil wuduk juga disediakan untuk kegunaan di dalam masjid dan 3,000 tandas di halamannya.
Projek 'Designing Future Vision' bawa mesej kesederhanaan Islam di Tanah Suci
Ia diumumkan Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, dalam misinya mencapai kepemimpinan yang cemerlang melalui program berunsur keagamaan.
Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik
Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan COVID-19.
Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.
Lebih 19 juta jemaah umrah kunjungi Masjidil Haram sepanjang 20 hari Ramadan
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), statistik yang dikeluarkan jabatan itu hari ini menunjukkan bilangan jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram mencecah 19,608,573 orang sehingga semalam.
Lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah di Masjidil Haram setiap hari sejak awal Ramadan
Pengurusan Jabatan Tertinggi kedua-dua masjid siap siaga menerima pertambahan jumlah kedatangan jemaah dalam 10 hari terakhir Ramadan.
Masjidil Haram diperluas, sedia terima jutaan jemaah 10 hari terakhir Ramadan
Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais turut mengumumkan pembukaan kepada pembesaran ketiga Masjidil Haram.
Di sebalik laungan suara indah dari Masjidil Haram
Pembesar suara di Masjidil Haram diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1947 semasa pemerintahan Raja Abdulaziz.
Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan
Setiap kali bulan puasa, umat Islam dari seluruh dunia akan berkunjung ke Tanah Suci untuk merebut ganjaran pahala.