Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Jerebu: Sekolah di empat negeri, KL dan Putrajaya ditutup pada Jumaat, 9 Oktober

Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid ekoran kualiti udara tidak sihat akibat jerebu. - Gambar arkib/Bernama
Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid ekoran kualiti udara tidak sihat akibat jerebu. - Gambar arkib/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu bertambah buruk.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di daerah Rompin, Pahang.

Jelas beliau, sekolah di negeri dan wilayah lain beroperasi seperti biasa mengikut takwim persekolahan.

“Saya telah minta semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan.

“Saya juga memahami bahawa sebarang keputusan penutupan sekolah memberi kesan kepada urusan harian ibu bapa.

“Masa yang akan datang, kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial pada Khamis.

Fadhlina menegaskan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah kekal menjadi keutamaan kementerian.

Beliau turut menyeru agar ibu bapa terus mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan JPN masing-masing.

Must Watch Video

Advertisement