awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan

Bernama
Bernama
26/11/2024
10:41 MYT
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Perarakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membebaskan Imran, yang kini berada di penjara dan menghadapi pelbagai tuduhan. - AP
NEW DELHI: Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat, mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Pakistan dan mendaftar dengan pihak misi diplomatik.
"Elakkan perjalanan yang tidak perlu, terutamanya di kawasan yang mungkin terjejas oleh pergolakan. Jika anda mesti melakukan perjalanan, maklumkan kepada seseorang tentang rancangan perjalanan anda," menurut Suruhanjaya Tinggi dalam nasihat yang disiarkan di laman Facebooknya pada Selasa.
"Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Mematuhi peraturan adalah penting untuk keselamatan anda," menurutnya.
Empat anggota keselamatan terbunuh pada Isnin dalam serangan yang disifatkan oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif pada Selasa sebagai tindakan penyokong Imran, yang sejak Ahad cuba menuju D-Chowk, dataran di luar bangunan parlimen.
Perarakan itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk membebaskan Imran, yang kini berada di penjara dan menghadapi pelbagai tuduhan.
Kerajaan telah berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mengadakan protes yang diharamkan di kawasan utama di ibu negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protes jalanan
#Islamabad
#Pakistan
#nasihat perjalanan
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan