awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes jalanan tuntut Presiden Peru letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2022
00:30 MYT
Protes jalanan tuntut Presiden Peru letak jawatan
Protes berlangsung di bandar utama di Lima serta wilayah Piura, Trujillo, Chiclayo, Cusco dan Huancayo. -Gambar fail/Reuters
LIMA: Beribu-ribu warga Peru berhimpun di jalanan bagi mengadakan protes menuntut Presiden Pedro Castillo meletak jawatan.
Menurut penyiar radio Programas del Peru (RPP), protes berlangsung di bandar utama di Lima serta wilayah Piura, Trujillo, Chiclayo, Cusco dan Huancayo.
Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang daripada penunjuk perasaan cedera.
Castillo terpalit dengan tuduhan rasuah menyebabkan majoriti mahukan beliau berundur.
Pada Julai, pejabat pendakwa raya mengumumkan pihaknya sedang menyiasat Castillo selepas bekas menteri dalam negeri Mariano Gonzalez mendakwa Castillo melindungi orang-orang terdekatnya yang terlibat dalam kes jenayah.
Pada awal Ogos, pendakwa raya Peru menyerbu istana kerajaan di Lima serta rumah presiden di Chota untuk mencari Yenifer Paredes kerana disyaki terbabit dengan jenayah rasuah.
Yenifer Paredes ialah kakak kepada isteri Castillo, Lilia Paredes Navarro.
Pada akhir Ogos, Yenifer dikenakan tahanan pencegahan selama 30 bulan.
Castillo menafikan semua tuduhan terhadapnya serta keluarganya.
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#Presiden Peru
#Pedro Castillo
#protes jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan