Keputusan Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU-18) Singapura yang menyaksikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Long kekal berkuasa memberi gambaran bahawa corak pentadbiran republik itu tidak akan mengalami perubahan ketara untuk lima tahun akan datang.

PAP semalam berjaya memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Menjelaskannya, Felo Kanan Adjung, Nanyang Technological University, Singapura, Profesor Emeritus Dr Johan Saravanamuttu Abdullah berkata, pemimpin generasi empat atau 4GL dilihat memenangi kesemua kerusi yang ditandingkan.

"Meskipun begitu, keputusan itu adalah ujian kepada pemimpin itu kerana keputusan itu secara tidak langsung memberi harapan besar kepada parti pembangkang," katanya kepada Astro Awani di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut Johan Saravanamuttu memberitahu, prestasi Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat yang bertanding di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) East Coast adalah amat tidak memberangsangkan.

Ini kerana katanya, beliau yang dilihat sebagai bakal penganti Hsien Long itu hanya berjaya mendapat 54 peratus undi sahaja.

"Adakah ini akan membawa pemikiran baharu dalam pucuk pimpinan PAP," soalnya.

BACA: PRU Singapura: Kiraan awal menunjukkan PAP kekal berkuasa, menang 83 daripada 93 kerusi