DUNIA
Puluhan terbunuh berhampiran pusat agihan bantuan di Gaza

Menurut saksi, sebahagian mangsa sedang berjalan kaki manakala yang lain menaiki kenderaan dalam perjalanan menuju ke pusat agihan apabila tentera Israel membedil mereka. - Foto Reuters
GAZA/TEL AVIV: Tentera Israel sekali lagi dilaporkan membunuh orang awam yang sedang menunggu berhampiran pusat agihan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak berkuasa Hamas.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 45 orang awam terbunuh dan ratusan cedera selepas didakwa dibedil tentera Israel ketika menunggu bantuan berhampiran pusat agihan antara Rafah dan Khan Younis di Gaza.
- Insiden berlaku ketika misi agihan bantuan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF) sedang dijalankan, selepas hampir tiga bulan sekatan bantuan ke Gaza oleh Israel.
- Tentera Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala GHF dan Israel sebelum ini menyalahkan kejadian pada individu yang tidak mengikuti laluan ditetapkan atau berada di luar zon keselamatan.
Maklumat itu tidak dapat disahkan secara bebas. Tentera Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan berkenaan.
Gaza Humanitarian Foundation (GHF) yang disokong oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), memulakan misinya di Semenanjung Gaza bulan lepas susulan sekatan bantuan oleh Israel selama hampir tiga bulan.
Beberapa kejadian sebelum ini turut menyaksikan kematian orang awam berhampiran pusat agihan.
Israel sebelum ini menyatakan bahawa mereka melepaskan tembakan ke arah individu yang tidak mengikut laluan yang telah ditetapkan. GHF pula memaklumkan bahawa kematian yang berlaku sebelum ini berada di luar zon keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami