awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Operasi Keselamatan Masjidilharam manfaatkan teknologi canggih

Bernama
Bernama
17/03/2025
23:00 MYT
Pusat Operasi Keselamatan Masjidilharam manfaatkan teknologi canggih
Pusat Operasi Keselamatan Masjidilharam memanfaatkan teknologi canggih dan keupayaan ramalan dipacu AI bagi meningkatkan keselamatan jemaah dan melancarkan pergerakan. - Gambar Facebook Life in Saudi Arabia
MAKKAH: Pusat Operasi Keselamatan Masjidilharam, tonggak dalam melindungi jemaah, memanfaatkan teknologi canggih dan keupayaan ramalan dipacu kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselamatan jemaah, melancarkan pergerakan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang optimum sepanjang pelaksanaan ibadah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dikendalikan oleh Pasukan Khas Keselamatan Haji dan Umrah di bawah Jabatan Keselamatan Awam, pusat itu menyelia pelbagai operasi keselamatan dan logistik secara menyeluruh, termasuk mengekalkan keselamatan serta menguruskan aliran jemaah di dalam Masjidilharam.
Kekuatan pusat itu terletak pada penggunaan kamera pengawasan digital berdefinisi tinggi dan analitik AI yang memproses sejumlah besar data bagi meramalkan kawasan yang berpotensi mengalami kesesakan.
Pendekatan proaktif itu membolehkan keputusan tepat pada masanya bagi mengurangkan kesesakan, memastikan kelancaran pergerakan di seluruh Masjidilharam dan menyediakan kemas kini trafik yang tepat.
Sementara itu, dalam laporan lain pada Ahad, SPA turut melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi menggunakan teknologi canggih, termasuk kecerdasan buatan, bagi meningkatkan pengalaman jemaah umrah dan haji.
Antara inovasi utama yang diperkenalkan, termasuk "Digital Mutawwif", platform yang menyediakan panduan langkah demi langkah bagi pelaksanaan ibadah umrah, serta doa dalam bentuk audio-visual, kaunter Tawaf dan Sa'i digital, serta sistem navigasi dalam Masjidilharam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#masjidilharam
#operasi keselamatan Masjidilharam
#kecerdasan buatan
#jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan