SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun, berikutan Hari Wesak (22 Mei) dan cuti sekolah bulan Jun.
Dalam satu nasihat, ICA menyatakan dengan langkah-langkah keselamatan yang diperketat di pusat pemeriksaan akibat situasi ancaman yang meningkat, para pengembara juga perlu menjangka kelewatan dan perlu mengambil kira masa tambahan untuk proses pemeriksaan imigresen.
"Kami meminta pengertian dan kerjasama para pengembara untuk bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, mengekalkan disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai ICA," katanya.
Kementerian Dalam Negeri pada Sabtu berkata Singapura telah memperketat langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara itu, susulan serangan di balai polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat yang mengakibatkan dua pegawai polis terbunuh dan seorang lagi cedera.
Sementara itu, ICA berkata semasa tempoh cuti panjang hujung minggu sempena perayaan Good Friday baru-baru ini dari 28 Mac hingga 1 April, hampir 2.3 juta pelawat melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas atau lebih daripada 455,000 lintasan setiap hari.
"Ini adalah peningkatan hampir 30 peratus berbanding tempoh cuti panjang hujung minggu Good Friday pada 2023," tambahnya.
Agensi itu menyatakan semasa waktu puncak, pengembara yang berlepas dengan kereta terpaksa menunggu hingga tiga jam sebelum mereka dibenarkan melalui imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Pengembara diminta bersedia dengan kelewatan dan perlu mengambil kira masa tambahan untuk proses pemeriksaan imigresen. - Gambar fail/ Reuters
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.