PARIS: Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi (0600 GMT) dan keputusan dijangka diumumkan pada sebelah petang.
Persoalan utama adalah sama ada parti National Rally pimpinan Le Pen dan sekutunya mampu mencapai majoriti mutlak sebanyak 289 kerusi daripada 577 kerusi dalam Dewan Rendah Parlimen Perancis.
Dalam pusingan pertama yang berlangsung hujung minggu lalu, National Rally mengatasi gabungan berhaluan kiri New Popular Front (NFP) dan gabungan Centrist Ensemble Alliance Presiden Emmanuel Macron.
Tinjauan pendapat terkini meramalkan National Rally dan sekutunya akan memperoleh antara 175 hingga 215 kerusi.
Presiden Macron berhasrat untuk terus kekal sehingga pilihan raya presiden akan datang pada 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi (0600 GMT) dan keputusan dijangka diumumkan pada sebelah petang. - Foto AP
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.