awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Edward dijadual lawat Malaysia 10 September ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/09/2019
10:58 MYT
Putera Edward dijadual lawat Malaysia 10 September ini
Putera Edward, anak ketiga Ratu Elizabeth II, pertama kali melawat Malaysia pada tahun 1998. - Gambar REUTERS/Ints Kalnins
Kerabat diraja Britain, Putera Edward dijangka tiba di Malaysia pada 10 September ini bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi British, Charles Hay, lawatan Diraja itu merupakan sebahagian lawatannya ke Malaysia dan Australia, bagi memperbincangkan pelbagai aspek melibatkan hubungan UK-Malaysia menjelang sambutan Hari Malaysia.
“Lawatan beliau juga meliputi pelbagai kepentingan, daripada aspek kerjasama pendidikan dan sukan sehinggalah kepada usaha bersama dalam menangani sisa plastik dan memulihara lautan," kata Hayes dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Putera Edward atau The Earl of Wessex akan memulakan lawatannya dengan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di ibu negara.
Selain itu, sebagai Naib Penaung Sukan Komanwel, Putera Edward bakal melakukan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan dibawa menyaksikan persiapan atlet Malaysia menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Baginda turut dijadual menghadiri majlis tayangan khas BBC Studios “Blue Planet II” dan melawat pameran yang mempamerkan usaha bersama UK-Malaysia dalam menangani sisa plastik dan melindungi alam sekitar.
Putera Edward, anak ketiga Ratu Elizabeth II, pertama kali melawat Malaysia pada tahun 1998 bagi menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur
Kerabat Diraja Britain yang melawat Malaysia sebelum ini termasuk Ratu Elizabeth II, lawatan oleh Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge pada Sept 2012 dan Putera Charles dan isterinya Camilla.
Topic Berkaitan
#duchess of cambridge
#Duke of Cambridge
#Kate Middleton
#Kerabat diraja Britain
#Putera Edward
#Putera William
#Ratu Elizabeth II
#Sukan Komanwel ke-16
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan