Polis Metropolitan London sedang menyiasat kandungan sepucuk surat berisi serbuk putih yang dihantar kepada Putera Diraja Britain, Putera Harry dan tunangnya pelakon Meghan Markle.
Serbuk putih yang pada awalnya disangka serbuk anthrax itu dilaporkan telah dihantar ke kediaman mereka di Istana Kensington namun berjaya disekat pihak keselamatan.
Menurut laporan Evening Standard, surat yang diterima pada 12 Februari itu juga didapati mengandungi mesej berunsur perkauman.
Bagaimanapun, hasil analisa terhadap serbuk berkenaan mendapati ia tidak berbahaya dan kes kini sedang disiasat pasukan anti-keganasan.
Ancaman terbaharu itu meletakkan polis dalam keadaan berjaga-jaga menjelang perkahwinan pasangan itu pada 19 Mei depan.
Sementara itu, polis juga mendedahkan laporan bahawa bungkusan mengandungi serbuk putih turut dihantar kepada Setiausaha Dalam Negeri Britain, Amber Rudd di Parlimen pada 13 Februari lalu.
Hasil siasatan mendapati kandungan bahan berkenaan tidak berbahaya.
Polis sedang mengenal pasti sama ada kedua kes berkenaan mempunyai kaitan.
Tiada tangkapan yang dibuat polis setakat ini.
Agensi
Thu Feb 22 2018

Surat yang dihantar ke kediaman mereka di Istana Kensington pada 12 Februari itu juga didapati mengandungi mesej perkauman. - Gambar AP

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

8 kes positif COVID-19 dikesan di SK Sultan Sulaiman 1 Terengganu
Kesemua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan bermula 22 Januari hingga 5 Februari depan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: COVID-19 | Malaysia catat jumlah kematian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Anggota polis boleh masuk Sabah | KKM tubuh 213 pusat penilaian COVID-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warga emas kemurungan positif COVID-19 ditemui mati dengan kesan kelar pada leher
Mangsa membuat dua ujian saringan COVID-19 pada 7 serta 18 Januari dan kedua-duanya didapati positif.

Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.
![[INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025) [INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/760123881611323373493/1886834_8967789641611323413571_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025)
![[INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear [INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/32414676881611323185448/1886833_8967789641611323339571_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Inisiatif TPNW dalam pengharaman senjata nuklear

Putera Harry, Meghan Markle terima ancaman anthrax?
Surat yang dihantar ke kediaman mereka di Istana Kensington pada 12 Februari itu juga didapati mengandungi mesej perkauman.