awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2022
08:19 MYT
Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan
Putera Harry berpakaian seragam tentera ketika memberikan penghormatan kepada mendiang Ratu Elizabeth II - Foto/REUTERS
PUTERA William dan adiknya, Putera Harry mengetuai lapan cucu kepada Ratu Elizabeth II bagi memberikan penghormatan kepada mendiang nenda mereka di Westminster Hall menjelang upacara pemakaman esok.
Kedua-dua putera raja itu berpakaian seragam tentera dan berdiri berdekatan keranda mendiang Ratu Elizabeth II selama 15 minit.
Sebelum ini, Harry atau Duke of Sussex 'dinafikan' peluang untuk memakai seragam tentera ketika berkabung susulan beliau membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja pada 2020.
Harry berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera British.
Foto/REUTERS
Puteri William berjaga di keranda mendiang Ratu Elizabeth II - Foto/REUTERS
Bagaimanapun memetik laporan media antarabangsa, sumber diraja berkata Raja Charles III membenarkan anak bongsunya itu menyarung pakaian seragam tentera ketika berjaga di sisi keranda mendiang Ratu Elizabeth II.
Hubungan kedua-dua putera Raja Charles III itu dilaporkan amat rapat selepas kematian ibu mereka, Puteri Diana akibat kemalangan di Paris pada 1997.
Namun, ia dilihat menjadi dingin apabila Harry bersama isteri, Meghan Markle meninggalkan kehidupan diraja dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).
Adik beradik itu turut disertai oleh enam lagi sepupu mereka iaitu Puteri Beatrice dan Eugenie, Zara Tindall dan Peter Phillips, serta Lady Louise Windsor dan abangnya, Viscount Severn.
Foto/REUTERS
Foto/REUTERS
Pada malam Sabtu, Raja Charles III, Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward memberi penghormatan terakhir buat ibunda mereka.
Edward atau Duke of York, 62, yang dilucutkan gelaran ketenteraannya awal tahun ini turut dilihat mengenakan seragam kehormat tentera.
Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September lalu di usia 96 tahun selepas 70 tahun memegang takhta.
Lebih 500 pemimpin dan kerabat diraja seluruh dunia dijangka hadir pada upacara pengebumian Ratu Elizabeth II Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II mangkat
#pemakaman Ratu Elizabeth II
#Putera William
#Putera Harry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan