LONDON: Putera Harry yang merupakan putera bongsu Raja Charles III dilihat menghadiri istiadat pertabalan bapanya di Westminster Abbey pada Sabtu.
Memetik Reuters, Harry dilihat duduk kerusi di barisan ketiga namun tidak muncul di balkoni untuk acara melambai ke orang ramai di hadapan Istana Buckingham.
Terdahulu, kehadiran Harry yang kini menetap di California menjadi topik perbincangan hangat masyarakat sama ada akan hadir ke istiadat pertabalan Raja Charles III.
Anggota tentera berusia 38 tahun yang pernah berkhidmat di Afghanistan itu tiba di biara Westminster sambil tersenyum dan berpakaian sut dilihat segak memakai pingat di dada.
Walau bagaimanapun, isterinya Meghan Markle dan dua anaknya Archie dan Lilibet Diana kini berada di Amerika Syarikat.
Putera Harry dilihat tidak melakukan sebarang tugas rasmi di upacara istiadat itu dan hanya menyaksikan ketika abangnya Putera William selaku pewaris takhta, bersujud di hadapan Raja Charles III yang berikrar untuk sentiasa taat setia.
Detik itu turut menerima sorakan orang ramai di luar Westminster Abbey yang menjadi lokasi bagi semua pertabalan sejak 1066.
Dalam pada itu, Putera Andrew yang merupakan adik Raja Charles III juga ‘dibekukan’ kerana kaitan beliau dengan eksekutif kewangan kontroversi, mendiang Jeffrey Epstein dan dakwaan pencabulan yang diselesaikan di luar mahkamah.
Selain menjadi pertabalan pertama dalam 70 tahun, ia adalah yang pertama bagi seorang raja sejak 1937. Ia hanya yang kedua disiarkan di televisyen dan yang pertama dalam warna dan distrim dalam talian.
Astro Awani
Sat May 06 2023
Putera Harry berusia 38 tahun yang pernah berkhidmat di Afghanistan itu tiba di biara Westminster sambil tersenyum dan berpakaian sut dilihat segak memakai pingat di dada.- Foto REUTERS
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Lelaki rempuh pintu pagar Istana Buckingham ditahan polis
Seorang lelaki telah ditahan selepas merempuh pintu pagar Istana Buckingham di tengah London dengan kereta dipandunya.
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.
Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser
Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
Terima kasih kepada semua yang prihatin keadaan Raja Charles III - Putera William
Mesej-mesej baik yang dititipkan oleh semua pihak amat dihargai oleh keluarga diraja British.
Raja Charles III hidap kanser - Istana Buckingham
Bagaimanapun Istana Buckingham tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi raja berusia 75 tahun itu.
Raja Charles III dibenar keluar hospital selepas jalani rawatan prostat
Raja Charles selesai jalani "prosedur pembetulan" pembesaran prostat di sebuah pusat perubatan di London.
Raja Charles III akan jalani prosedur berkaitan prostat
Raja Britain Raja Charles III akan menjalani "prosedur pembetulan" di sebuah hospital pada minggu depan kerana masalah pembesaran prostat.
BLACKPINK jadi tetamu kehormat Istana Buckingham
Anggota BLACKPINK hadir ke majlis berkenaan dengan gaya tersendiri.
Laman sesawang keluarga diraja Britain lumpuh sementara akibat serangan siber
Laman sesawang itu menerima permintaan daripada sejumlah besar komputer untuk melumpuhkannya.
Harry, Meghan diburu paparazi, hampir kemalangan dalam kejadian 'kejar-mengejar'
Pasangan itu dikejar dengan kereta sehingga hampir membawa bencana di tangan sekumpulan paparazi yang sangat agresif di New York.