awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mateen dan Dayang Anisha bersanding, berarak hari ini

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
14/01/2024
04:20 MYT
Putera Mateen dan Dayang Anisha bersanding, berarak hari ini
Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
BANDAR SERI BEGAWAN: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah Adam berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.
Majlis tersebut disiarkan secara langsung di rtbgo.bn bermula sekitar pukul 10 pagi.
Kedua mempelai pengantin diraja yang memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran.
Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat bersanding hari ini. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat bersanding hari ini. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Sebaik kedua mempelai diraja duduk di pelamin, beberapa das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda majlis persandingan bermula.
Kebanyakan tetamu yang hadir pada majlis istiadat hari ini terdiri daripada kerabat diraja dari seluruh dunia dan pemimpin-pemimpin politik.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut berangkat hadir ke majlis berkenaan.
Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran.  - Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat bersanding hari ini. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Sejurus tiba di singgahsana pelaminan, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memegang tangan Putera Mateen untuk diletakkan di ubun-ubun Dayang Anisha Rosnah sambil bacaan selawat kedengaran. - Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat bersanding hari ini. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Brunei adalah atas persilaan Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, juga dijemput hadir ke majlis persandingan kedua mempelai diraja tersebut.
Antara pemimpin dunia yang hadir adalah Presiden Indonesia Joko Widodo serta Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.
Kedua mempelai pengantin diraja memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Kedua mempelai pengantin diraja memakai persalinan putih sedondon dibawa menyertai perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan. - Gambar/ Tangkap layar RTBGo
Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis.
Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.
Topic Berkaitan
#Brunei
#Pengiran Muda Abdul Mateen
#Dayang Anisha Rosnah
#istiadat bersanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan