awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puteri Anne UK alami kecederaan ringan selepas ditendang kuda

Bernama
Bernama
24/06/2024
15:51 MYT
Puteri Anne UK alami kecederaan ringan selepas ditendang kuda
Puteri Anne, seorang penunggang kuda yang memenangi pingat Olimpik, sedang berjalan di estet berkenaan pada petang Ahad ketika kejadian itu berlaku. - Gambar Reuters
LONDON: Puteri Anne, adik kepada Raja Britain Raja Charles III, kini berada di hospital selepas mengalami kecederaan ringan di kepala dan konkusi dipercayai ditendang seekor kuda di estet Gatcombe Park miliknya di England, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Puteri Anne, seorang penunggang kuda yang memenangi pingat Olimpik, sedang berjalan di estet berkenaan pada petang Ahad ketika kejadian itu berlaku.
Perkhidmatan kecemasan telah dihantar ke estet itu dan selepas menerima rawatan perubatan di lokasi, puteri itu dipindahkan ke Hospital Southmead di Bristol untuk menjalani ujian, rawatan dan pemerhatian yang sewajarnya.
Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata: "Puteri Anne mengalami kecederaan ringan dan konkusi selepas insiden di estet Gatcombe Park petang semalam.
"Yang Amat Mulia masih berada di Hospital Southmead, Bristol, sebagai langkah berjaga-jaga untuk pemerhatian dan dijangka pulih sepenuhnya dengan cepat.
Raja telah dimaklumkan dengan rapi dan bersama seluruh keluarga diraja menzahirkan kasih sayang mereka dan ucap selamat kepada puteri untuk pemulihan yang cepat.
Punca sebenar kecederaan belum disahkan, tetapi pasukan perubatan Puteri Anne berkata kecederaan di kepala baginda adalah konsisten dengan kesan daripada kepala atau kaki kuda.
Difahamkan puteri berusia 73 tahun itu sedang berjalan dalam kawasan yang dilindungi di estet Gatcombe Park apabila insiden itu berlaku.
Suami Puteri Anne, Laksamana Madya Tim Laurence, yang berada di estet pada masa itu, menemani baginda ke hospital.
Jurucakap Istana Buckingham berkata: "Puteri Anne sedang pulih dengan baik, berada dalam keadaan selesa dan ditempatkan di hospital sebagai langkah berjaga-jaga untuk pemerhatian lanjut."
Jurucakap itu menambah: "Puteri Anne menerima rawatan pakar yang sewajarnya. Tiada butiran lanjut akan dikongsi pada peringkat ini.
"Yang Amat Mulia akan kekal di Hospital Southmead melainkan atau sehingga pasukan perubatan baginda menasihati sebaliknya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Puteri Anne
#kecederaan ringan
#pingat Olimpik
#rawatan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan