awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022

Faida Rahim
Faida Rahim
26/09/2022
04:00 MYT
Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia 2022
Qatar Airways turut merangkul lapan lagi anugerah termasuk Kelas Perniagaan Terbaik, Tempat Duduk Kelas Perniagaan Terbaik dan Tempat Makan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik. - Foto Instagram/qatarairways
DOHA: Untuk tahun ke tujuh, syarikat penerbangan Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia bagi tahun 2022.
Memetik laporan Skytrax, tinjauan diperoleh lebih 14 juta pelanggan dari lebih 100 negara antara September 2021 hingga Ogos 2022.
Ketua Eksekutif kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker mengucapkan penghargaan kepada kakitangan syarikat penerbangan itu yang disifatkan sebagai luar biasa.
“Menjadi matlamat kami untuk mendapat pengiktirafan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia. Pengiktirafan ini sebagai tanda terima kasih kepada kakitangan kami yang luar biasa dan sentiasa berdedikasi memberikan pengalaman terbaik untuk mereka yang terbang bersama Qatar Airways.
“Lebih menggembirakan anugerah ini dimenangi pada tahun yang sama syarikat kami meraikan ulang tahun ke-25,” katanya.
Dalam masa sama, syarikat penerbangan Qatar Airways turut merangkul lapan lagi anugerah termasuk Kelas Perniagaan Terbaik, Tempat Duduk Kelas Perniagaan Terbaik dan Tempat Makan Lounge Kelas Perniagaan Terbaik.
Selain itu, Singapore Airlines menduduki tempat kedua dalam senarai itu, dan diikuti dengan Emirates, ANA (All Nippon Airways), Qantas Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines, Air France, Korean Air dan Swiss International Air Lines menduduki senarai 10 terbaik.
Topic Berkaitan
#Qatar Airways
#Qatar
#syarikat penerbangan terbaik 2022
#Skytrax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan