awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2024
10:16 MYT
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Sheikh Mohamed Abdulrahman Al-Thani berkata, transformasi teknologi, termasuk AI adalah sesuatu yang penting, menyebabkan kerajaan memulakan pelbagai projek, termasuk dengan syarikat pemula. - Reuters
DOHA: Kerajaan Qatar telah menawarkan insentif bernilai QAR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk menarik minat pelabur dalam usahanya melaksanakan transformasi digital di seluruh negara.
Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohamed Abdulrahman Al-Thani berkata, transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) adalah sesuatu yang penting, menyebabkan kerajaan telah memulakan pelbagai projek, termasuk dengan syarikat-syarikat pemula.
Projek tersebut, jelasnya lagi, termasuk projek AI dalam dunia Arab, iaitu ia akan mengumpul data berkualiti tinggi, menekankan kepentingan bahasa yang pelbagai, serta meningkatkan kualiti bahasa Arab.
Sheikh Mohamed berkata demikian sewaktu berucap di sesi ‘In Conversation’, pada Forum Ekonomi Qatar yang bermula secara rasmi pada Selasa.
“AI merupakan dunia yang besar, sama ada dari sudut infrastruktur atau aplikasi. Fokus kami di Qatar ialah untuk menjadi lebih menyokong kepada negara-negara lain di rantau ini.
“Kami melihat potensi yang cukup besar untuk AI dalam dunia Arab, terutamanya membabitkan bahasa dan budaya Arab,” katanya lagi.
Mengenai usaha mempelbagaikan ekonomi, Sheikh Mohammed berkata Amerika Syarikat merupakan pasaran tradisional untuk Qatar, tetapi Asia dilihat sebagai pasaran yang menarik, termasuk pasaran yang semakin meningkat di Asia Tengah dan Afrika.
Beliau berkata, dana kekayaan asing akan terus dengan strategi pelbagainya, dan pada masa yang sama memastikan pelaburan yang dikejar tidak terlalu berisiko tinggi, tetapi mampu menjanjikan pulangan yang mampan.
Forum Ekonomi Qatar dirasmikan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, dan beberapa pemimpin dunia telah dijadualkan menyampai ucaptama pada forum tersebut termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Qatar
#kecerdasan buatan
#pelaburan
#Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan