awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India

Bernama
Bernama
26/06/2024
04:45 MYT
Rahul Gandhi ketua pembangkang parlimen India
Parti Kongres pimpinan Rahul memenangi 99 kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.- Foto AP
NEW DELHI: Ahli politik terkemuka, Rahul Gandhi akan menjadi ketua pembangkang parlimen India, jawatan penting yang akan membolehkannya mengawasi tindakan dan dasar kerajaan dengan lebih berkesan.
Sebuah parti mesti mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 543 kerusi Dewan Rakyat Lok Sabha untuk menuntut gelaran ketua pembangkang.
Parti Kongres pimpinan Rahul memenangi 99 kerusi dalam pilihan raya umum baru-baru ini manakala Parti Bharatiya Janata (BJP) muncul sebagai parti tunggal terbesar dengan meraih 240 kerusi.
Pengerusi Parti Parlimen Kongres, Sonia Gandhi telah menulis surat kepada speaker pro-tem Bhartruhari Mahtab, memaklumkan keputusan untuk melantik Rahul sebagai ketua pembangkang di Lok Sabha, kata Setiausaha Agung Kongres K.C. Venugopal kepada pemberita selepas mesyuarat pemimpin pembangkang di kediaman Presiden Kongres Mallikarjun Kharge pada petang Selasa.
"Dalam Lok Sabha ke-18, Dewan Rakyat akan benar-benar mencerminkan aspirasi orang yang paling akhir berdiri, dengan Rahul Gandhi menjadi suara mereka," kata Kharge.
Jawatan penting itu tidak diisi selepas pilihan raya 2014 dan 2019 kerana tiada parti yang mempunyai bilangan kerusi minimum yang diperlukan untuk menuntutnya.
Bagaimanapun, pembangkang yang bangkit semula, bersatu di bawah pakatan pelbagai parti yang dipimpin Kongres, Indian National Developmental Inclusive Alliance (INDIA), menghalang BJP daripada memperoleh majoriti mutlak dalam pilihan raya baru-baru ini.
Dengan blok INDIA menduduki 230 kerusi, kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi dijangka menghadapi cabaran di parlimen baharu.
Ahli parlimen mengangkat sumpah pada Isnin dan Selasa dengan bermulanya sesi pertama parlimen.
Rahul, 54, adalah ahli parlimen penggal kelima dan mewakili kawasan pilihan raya Raebareli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rahul Gandhi
#parlimen india
#Ketua Pembangkang
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan