Skip to main content

Dunia

Raja Charles III tiba di AS untuk lawatan negara

Britain's King Charles and Queen Camilla walk as they join US President Donald Trump and US First Lady Melania for a tour of the White House beehives in the grounds of the White House, on day one of the state visit to the US, in Washington D.C., U.S., April 27, 2026. Aaron Chown/Pool via REUTERS
Ketibaan pasangan diraja Britain itu disambut dalam suasana mesra di South Portico White House. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Raja Britain Charles III dan Permaisuri Camilla tiba di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin bagi memulakan lawatan negara selama empat hari, ketika hubungan antara Washington dan London berdepan perbezaan pandangan susulan perang Iran.

Lawatan bersejarah itu bersempena ulang tahun ke-250 Deklarasi Kemerdekaan AS dan merupakan lawatan pertama seorang raja Britain ke AS dalam tempoh dua dekad.

Advertisement

Pasangan diraja disambut di White House oleh Presiden Donald Trump dan isteri, Melania Trump, sebelum mengadakan pertemuan tertutup berupa jamuan minum teh.

Raja dan permaisuri kemudiannya menghadiri majlis taman di kediaman Duta Besar Britain, selain bergaul dengan pemimpin media, tokoh masyarakat Washington dan pegawai kanan AS.

Jadual lawatan turut merangkumi ucapan Raja Charles di Kongres pada Selasa, majlis makan malam negara di White House serta lawatan ke New York dan Virginia, di mana baginda dijangka menekankan isu pemuliharaan alam sekitar, agenda yang diperjuangkannya sejak sekian lama.

Walaupun Presiden Trump menyatakan kekaguman terhadap institusi diraja Britain, beliau dan kerajaan Perdana Menteri Keir Starmer berbeza pandangan berhubung konflik AS-Israel dengan Iran, yang telah menjejaskan hubungan “istimewa” kedua-dua negara.

Dalam ucapannya kepada Kongres, Raja Charles dijangka menegaskan bahawa meskipun AS dan Britain tidak selalu sependapat sepanjang 250 tahun lalu, kedua-duanya sentiasa mencari jalan untuk bekerjasama demi mempertahankan nilai demokrasi bersama.

Lawatan ini berlangsung ketika Washington masih dalam keadaan berjaga-jaga susulan insiden tembakan di Jamuan Persatuan Wartawan White House hujung minggu lalu.
 

Must Watch Video