RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al‑Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman menerima pelbagai ucapan tahniah daripada para pemimpin negara‑negara Islam sempena pengumuman bermulanya bulan suci Ramadan.
Mahkamah Agung Arab Saudi pada Selasa mengumumkan bahawa anak bulan Ramadan telah kelihatan dan menetapkan permulaan bulan suci itu pada Rabu.
Advertisement
Raja Salman dan Putera Mahkota kemudiannya menzahirkan ucapan tersebut dengan menyampaikan penghargaan atas doa serta ucapan baik yang diterima.
Kedua-dua pemimpin itu turut berdoa agar Ramadan membawa kebaikan, keberkatan, serta keamanan dan kestabilan yang berkekalan kepada seluruh negara Islam. - Agensi