awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Thailand lawat China dari 13 hingga 17 Nov

Bernama
Bernama
06/11/2025
21:40 MYT
Raja Thailand lawat China dari 13 hingga 17 Nov
Raja Maha Vajiralongkorn berkenan mengadakan lawatan negara ke China dari 13 hingga 17 Nov atas jemputan Presiden Xi Jinping. - Gambar fail Reuters
BEIJING: Atas jemputan Presiden China, Xi Jinping, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn berkenan mengadakan lawatan negara ke China dari 13 hingga 17 Nov, menurut jurucakap Kementerian Luar China pada Khamis, lapor Xinhua.
Dalam sidang media pada hari sama, jurucakap Mao Ning berkata, Presiden Xi dan Perdana Menteri Li Qiang akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Raja Thailand.
"Ini menandakan lawatan pertama oleh Raja Thailand ke China sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara," kata Mao.
Beliau berkata, keputusan Raja Thailand memilih China sebagai negara utama pertama untuk lawatan rasmi baginda mencerminkan sepenuhnya kepentingan besar yang diberikan oleh kedua-dua pihak terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala.
Menurut Mao, kedua-dua negara merupakan jiran yang rapat dan bersahabat serta berkongsi visi masa depan bersama.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di bawah panduan strategik pemimpin kedua-dua negara, hubungan China-Thailand kekal berada pada tahap pembangunan yang tinggi.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand dan "Jubli Emas Persahabatan China-Thailand", yang membuka peluang baharu untuk memperkukuh hubungan dua hala, tambah beliau.
Mao berkata, melalui lawatan ini, China berharap dapat memperkukuh persahabatan tradisional, mengukuhkan kepercayaan politik bersama, memperdalam kerjasama saling menguntungkan dan mencapai hasil yang lebih bermakna dalam membina komuniti China-Thailand dengan masa depan bersama, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Thailand
#Raja Maha Vajiralongkorn
#Presiden China
#Xi Jinping
#hubungan diplomatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan