awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajinikanth umum tubuh parti politik sendiri

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2020
15:02 MYT
Rajinikanth umum tubuh parti politik sendiri
Mac lalu, Rajinikanth umum beliau tidak akan bertanding bagi jawatan ketua menteri atau bertanding dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu pada 2021. - Gambar fail
CHENNAI:Pelakon dan ahli politik Rajinikanth atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad mengumumkan akan menubuhkan parti politiknya sendiri menjelang Januari tahun depan.
Menurut bintang sensasi dari India itu, perincian bagi partinya akan diumumkan pada 31 Disember nanti.
Perkara itu sekali gus menghentikan spekulasi selama dua dekad yang bermula sejak 1996 berkaitan penglibatan bintang filem itu dalam dunia politik.
Dalam pada itu, Rajinikanth berkata menerusi laman Twitter rasminya bahawa partinya itu akan menumpukan kepada kejujuran dan kerohanian serta menjauhi rasuah.
, 31 . #__#___ pic.twitter.com/9tqdnIJEml
— Rajinikanth (@rajinikanth) December 3, 2020
Mac lalu, Rajinikanth umum beliau tidak akan bertanding bagi jawatan ketua menteri atau bertanding dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu pada 2021.
Namun, beliau berucap dalam sidang media pada Khamis bahawa minatnya untuk melangkah masuk dunia politik adalah demi kebaikan warga Tamil Nadu, sambil mendakwa beliau akan mewakili rakyat dan kemenangannya adalah kemenangan rakyat.
Politik di Tamil Nadu kini dikuasai All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) dan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK).
Topic Berkaitan
#Twitter
#India
#Rajinikanth
#politik
#pilihan raya
#Ketua Menteri
#Tamil Nadu
#All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
#Dravida Munnetra Kazhagam
#DMK
#AIADMK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan