awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand

Bernama
Bernama
13/01/2025
06:54 MYT
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis. - Gambar/ FB Diaspora Patani
PATTANI: Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pada pagi Isnin.
Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan, kata Ketua Polis Mueang Pattani, Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.
"Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.
Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu.
Mangsa warga Malaysia itu ketika kejadian berada di dalam kereta sementara menunggu isterinya yang sedang membuat laporan kehilangan dokumen perjalanan di dalam balai polis berkenaan, katanya.
"Jarak kereta mangsa dari lokasi letupan hanya sekitar 10 meter, menyebabkan cermin kenderaan itu pecah akibat impak letupan," kata Jeffery.
Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan, katanya.
"Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki dalang kejadian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#letupan bom
#Pattani
#rakyat Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan