SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon/memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.
Menurut Suruhanjaya Tinggi itu pihaknya mengalami peningkatan drastik permohonan/pembaharuan pasport berikutan pelaksanaan langkah-langkah kawalan sempadan oleh Malaysia dan Singapura sejak April 2020.
Dalam kemas kini di Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi menyatakan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus.
Sementara itu, sejak Januari 2021, sejumlah 69,993 pasport telah dikeluarkan setakat ini.
Tempoh pemprosesan permohonan/pembaharuan pasport di Suruhanjaya Tinggi adalah lapan minggu, "dengan syarat semua dokumen sokongan yang diserahkan lengkap."
Rakyat Malaysia diingatkan bahawa permohonan/pembaharuan pasport dan pengambilan di Suruhanjaya Tinggi "hanya menerusi janji temu sahaja" selaras dengan langkah-langkah kesihatan yang ditetapkan
Singapura.
Pasport perlu segera diambil sebaik mendapat pemberitahuan dari Suruhanjaya Tinggi.
Pihak Suruhanjaya Tinggi juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengendalikan peningkatan drastik permohonan/pembaharuan dan pengambilan pasport.
Antaranya, waktu perkhidmatan kaunter dilanjutkan sehingga 7 malam sejak Julai 2020; pencetakan pasport di Pejabat Imigresen di Johor sejak September 2020; dan pelaksanaan sistem e-janji temu dan sistem 'dropbox' sejak Februari 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 06 2021
Dalam kemas kini di Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi menyatakan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
250 tetamu hadiri majlis Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
Diplomat dari negara-negara ASEAN, warga Malaysia dan rakyat tempatan antara 250 tetamu yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Ahad.
85 rakyat Malaysia di Sri Lanka selamat - Saifuddin
Kementeriannya bersedia untuk memindahkan rakyat Malaysia di situ jika keadaan bertambah buruk.
Rakyat Malaysia di Sri Lanka dinasihatkan sentiasa berwaspada
Dalam situasi sekarang, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah masing-masing.
Banjir di Queensland: Rakyat Malaysia terjejas dipindahkan ke penempatan sementara
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu.
Agong, Raja Permaisuri berkenan lawat Suruhanjaya Tinggi M'sia di UK
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK Zakri Jaafar dan isteri serta kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Rakyat Malaysia di Singapura perlu perbaharui pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon/memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.
2 rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India yang turut ditauliahkan ke Afghanistan, mengesahkan dua rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan.
Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.
Rakyat Malaysia di Singapura boleh pulang guna permit entri - Ismail Sabri
Rakyat Malaysia di Singapura dibenarkan pulang ke negara ini meskipun Pemutus Litar (Circuit Breaker) dikuatkuasakan di negara repubik itu sehingga 1 Jun ini.
COVID-19: Singapura sediakan penempatan sementara untuk pekerja Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra amat memandang serius laporan media yang mengatakan terdapat rakyat Malaysia yang bermalam di stesen MRT Singapura.