BRISBANE : Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland susulan hujan lebat yang melanda wilayah berkenaan sejak 25 Februari lalu. 

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, rakyat Malaysia yang terkesan dengan kejadian banjir tersebut telah dipindahkan oleh pihak berkuasa tempatan ke pusat perlindungan sementara di wilayah itu.

"Kementerian Luar Negeri ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Queensland supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu pada Ahad. 

Sehingga kini, kejadian banjir di Queensland mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa selain merosakkan banyak kediaman dan harta benda awam. 

Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dan memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra melalui telefon atau e-mel seperti berikut:

Suruhanjaya Malaysia di Canberra, Australia
7, Perth Avenue
Yarralumla ACT 2600

Tel: +61261 200 300/310 , +61416 334 901
E-mel: [email protected]