WASHINGTON:Ketika jutaan rakyat Amerika Syarikat masih menunggu vaksin COVID-19, ahli lembaga hospital, pemegang amanah, dan penderma seluruh negara itu dilaporkan mendapat akses awal kepada vaksin.
Ia sekali gus mewujudkan persoalan mengenai sikap pilih kasih dalam membuat keputusan mengenai bila dan siapa yang perlu didahulukan bagi mendapatkan vaksin berkenaan.
Di Rhode Island, Peguam Besarnya, Peter Neronha membuka satu siasatan terhadap laporan dua hospital menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada ahli lembaganya.
Sebuah hospital Seattle turut diberi amaran oleh kerajaan selepas menawarkan temu janji vaksinasi COVID-19 kepada kebanyakan penderma.
Sementara itu di Kansas, ahli lembaga hospital menerima suntikan vaksin semasa fasa pertama pelaksanaannya yang sepatutnya diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Dalam pada itu beberapa hospital di Florida , New Jersey dan Virginia mula dipertikai apabila melakukan perkara sama dengan mengedarkan vaksin kepada penderma, lembaga pengarah, pemegang amanah dan ahli keluarga kakitangan eksekutif hospital.
Tindakan itu menyebabkan orang awam mula hilang keyakinan terhadap sistem pengedaran vaksin dan sekali gus menyebabkan kekurangan vaksin, kesesakan temujanji, dan pelanggaran standard untuk menentukan individu yang sepatutnya layak.
Sementara itu, di California, kakitangan perubatan, responden pertama, penghuni rumah jagaan dan individu berumur 65 tahun diutamakan untuk mendapat vaksin berkenaan.
Pada masa sama, pihak penyedia tidak mempunyai halangan untuk memastikan golongan berisiko didahulukan bagi mengelak risiko penyalahgunaan dan pembaziran vaksin.
Astro Awani
Sat Jan 30 2021
Ketika jutaan rakyat AS masih menunggu vaksin COVID-19, ahli lembaga hospital, pemegang amanah, dan penderma seluruh negara itu dilaporkan mendapat akses awal kepada vaksin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
'Oarfish' ditemui di perairan San Diego
Sekumpulan pengayuh aktiviti kayak dan penyelam snorkeling di perairan luar pantai San Diego dilaporkan menemui seekor ikan naga laut.
Kejohanan dunia luncur air anjing California pupuk kesedaran
Puluhan anjing menyertai kejohanan dunia luncur air anjing di Pacifica, California pada Sabtu.
Operasi tebang pokok henti kebakaran merebak di California
Anggota bomba menjalankan operasi menebang pokok di sekitar Taman Mill di California dalam usaha menghentikan kebakaran hutan merebak pada Sabtu.
Muhammad Salman wakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California
Muhammad Salman Jun Azmi, dipilih mewakili Malaysia ke Adobe World Championship 2024 di California, Amerika Syarikat.
Prestasi lemah debat dengan Trump, ahli parti Demokrat persoal kemampuan Biden
Beberapa ahli Parti Demokrat secara terbuka mempersoalkan sama ada Biden sepatutnya digantikan dengan calon lain dari parti itu dalam pilihan raya 2024.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.