awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Zimbabwe jalani kehidupan seperti biasa, kata Kedutaan Malaysia

Bernama
Bernama
22/11/2017
23:00 MYT
Rakyat Zimbabwe jalani kehidupan seperti biasa, kata Kedutaan Malaysia
Rakyat Zimbabwe masih lagi meraikan secara terbuka perkembangan politik terkini berikutan pengunduran Presiden Robert Mugabe. - REUTERS
Keadaan terkini di Zimbabwe kekal terkawal dan penduduknya terus menjalani kehidupan harian seperti biasa, demikian menurut Kedutaan Besar Malaysia di Zimbabwe.
"Ketegangan dan kebimbangan sebelum ini telah reda dan penduduk Zimbabwe kini menanti-nantikan pelantikan ketua negara yang baharu," menurut kedutaan itu dalam e-melnya kepada Bernama mengenai perkembangan di negara itu berikutan peletakan jawatan Robert Mugabe sebagai presiden.
"Warga Malaysia boleh berkunjung ke Zimbabwe dan dinasihatkan berhati-hati serta mengelak lokasi tumpuan ramai untuk beberapa hari lagi memandangkan rakyat Zimbabwe masih lagi meraikan secara terbuka perkembangan politik terkini berikutan pengunduran Presiden Robert Mugabe," kata kedutaan itu.
Bilangan warga Malaysia yang diketahui serta berdaftar dengan kedutaan adalah seramai tiga orang.
"Hanya seorang warga Malaysia berada di Harare pada masa ini dan berhubung dengan Kedutaan sementara dua orang lagi berada di luar Zimbabwe dan menghubungi Kedutaan dari masa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedutaan Besar Malaysia
#letak jawatan
#Malaysia
#presiden
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Robert Mugabe
#Zimbabwe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan