awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai dikhuatiri maut dalam serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir - Polis

Bernama
Bernama
23/04/2025
01:00 MYT
Ramai dikhuatiri maut dalam serangan bersenjata ke atas pelancong di Kashmir - Polis
Ketua Menteri Omar Abdullah menyifatkan serangan terhadap pelancong itu sebagai suatu "tindakan kebencian". - Foto AP
SRINAGAR: Beberapa orang dikhuatiri terbunuh manakala ramai yang lain cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelancong di Wilayah Kashmir yang ditadbir India pada Selasa, menurut sumber polis kepada Anadolu Ajansi (AA).
Polis dan pentadbiran wilayah menyifatkan insiden di destinasi pelancongan Pahalgam di selatan Kashmir itu sebagai antara serangan paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kawasan itu menarik ribuan pelawat setiap tahun termasuk dari luar negara.
Seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan memberitahu Anadolu, jumlah korban masih belum dapat disahkan, namun ramai dipercayai terbunuh dalam serangan yang disifatkannya sebagai "kejam dan tidak berperikemanusiaan."
Ketua Menteri Omar Abdullah menyifatkan serangan terhadap pelancong itu sebagai suatu "tindakan kebencian".
"Pihak yang melakukan serangan ini, tidak berperikemanusiaan dan wajar dikecam," katanya di media sosial sambil memaklumkan yang angka sebenar kematian masih dalam proses pengesahan.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Narendra Modi mengenai serangan itu dan mengadakan mesyuarat bersama pegawai keselamatan. Beliau dijangka melawat wilayah bergolak itu.
Amit Shah turut menegaskan yang mereka yang terlibat dalam "tindakan keganasan keji ini tidak akan terlepas, dan kerajaan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap dalang serangan."
Wilayah Himalaya itu yang dituntut sepenuhnya tetapi ditadbir berasingan oleh India dan Pakistan, lama berada di dalam kancah keganasan sejak pemberontakan bersenjata menentang India bermula pada 1989. Bagaimanapun, serangan terhadap pelancong jarang berlaku.
Jun lepas, sebuah bas yang membawa penziarah Hindu diserang, menyebabkan ia terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang.
India membatalkan status khas Kashmir pada 2019 dan membahagikan wilayah itu kepada dua wilayah persekutuan - Jammu dan Kashmir, serta Ladakh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki bersenjata
#tembakan
#pelancong
#keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan