DUNIA
Rancangan penempatan Israel terang-terangan langgar undang-undang antarabangsa - Setiausaha Luar UK

Menurut Lamy, UK mengecam keputusan Jawatankuasa Perancangan Tertinggi Israel pada hari ini yang meluluskan pelan penempatan E1. - Foto Reuters
MOSCOW: Rancangan Israel untuk membina penempatan di Tebing Barat akan membahagikan Palestin kepada dua bahagian dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa, kata Setiausaha Luar United Kingdom (UK) David Lammy.
Ringkasan AI
- UK mengecam pelan penempatan E1 Israel yang melibatkan pembinaan 3,400 rumah di Tebing Barat kerana ia boleh membahagikan Palestin kepada dua bahagian dan melanggar undang-undang antarabangsa.
- Setiausaha Luar UK David Lammy dan PBB menegaskan pelan tersebut menjejaskan penyelesaian dua negara dan menyeru Israel menarik balik keputusan pembinaan penempatan haram.
- Penempatan E1 akan menghubungkan Baitulmuqaddis dan Maale Adumim, sekali gus menjejaskan keutuhan wilayah Palestin dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa terhadap konflik berterusan.
"Kerajaan Israel mesti menarik balik keputusan ini," kata Lammy di platform X pada Rabu.
Menurut laporan penyiar Israel, Kan, jawatankuasa pentadbiran pendudukan meluluskan pembinaan 3,400 rumah di kawasan Mevaseret Adumim (E1), yang akan menghubungkan Baitulmuqaddis dan Maale Adumim, sekali gus menjejaskan keutuhan wilayah Palestin.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric, pada Rabu turut berkata PBB mengecam keputusan Israel untuk memperluas aktiviti penempatan haram di Tebing Barat dan menentang sebarang aktiviti penempatan di wilayah yang diduduki.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami