INTERNATIONAL
Rang undang-undang ekstradisi Hong Kong ditarik semula secara kekal

Perkara itu diumumkan menerusi sebuah video yang turut merayu agar penunjuk perasaan tidak lagi bertindak ganas dan berdialog secara aman dengan kerajaan. Foto: AP
KETUA Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan bahawa rang undang-undang ekstradisi ditarik semula secara kekal.
Pengumuman itu menyusul selepas tunjuk perasaan selama tiga bulan sehingga menyebabkan kekacauan besar-besaran di bandar itu.
Perkara itu diumumkan menerusi sebuah video yang turut merayu agar penunjuk perasaan tidak lagi bertindak ganas dan berdialog secara aman dengan kerajaan.
"Kerajaan secara rasmi menarik semula rang undang-undang itu bagi menyelesaikan masalah awam.
"Keutamaan kami sekarang ialah untuk menamatkan keganasan, melindungi undang-undang dan memulihkan ketenteraman serta keselamatan dalam masyarakat.
“Oleh itu, kerajaan akan terus bersikap tegas dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap semua perbuatan yang ganas dan tidak sah," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami