awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Maori New Zealand buat penampilan awam pertama, kenang ayahanda

Bernama
Bernama
05/09/2025
09:45 MYT
Ratu Maori New Zealand buat penampilan awam pertama, kenang ayahanda
Te Arikinui memberi penghormatan kepada ayahandanya dengan mengumumkan dua inisiatif berasaskan visinya untuk membantu masyarakat Maori mencapai kebebasan ekonomi. - Gambar/ X - TPA @natsirtiusha
WELLINGTON: Ratu Maori New Zealand Te Arikinui Nga wai hono i te po, pada Jumaat menamatkan tempoh berkabung selama setahun dan mengumumkan dua inisiatif bagi membantu rakyatnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Monarki Maori itu membuat kenyataan awam pertamanya selepas tempoh berkabung tradisional setahun berikutan kemangkatan ayahandanya, Raja Tuheitia Pootatau Te Wherowhero.
Te Arikinui memulakan ucapannya dengan mengiktiraf kehadiran kerabat diraja Pasifik dan ketua-ketua suku pada acara yang dikenali sebagai koroneihana tuatahi (ulang tahun pertama pertabalan).
Beliau turut memberi penghormatan kepada ayahandanya dengan mengumumkan dua inisiatif berasaskan visinya untuk membantu masyarakat Maori mencapai kebebasan ekonomi.
"Kini 2025, kita perlu berhenti membiarkan kuasa luar menghalang kita. Kita perlu melangkah di jalan baharu. Kita perlukan hala tuju baharu," katanya dalam bahasa Maori (te reo Maori).
"Ayahanda saya tidak sempat menyaksikan kesempurnaan visinya, dan saya akan berusaha memastikan kemajuan yang diperjuangkannya tidak terhenti."
Satu sidang kemuncak pelaburan ekonomi masyarakat pribumi akan diadakan, dan platform pelaburan yang dimiliki dan dikawal Maori akan dilancarkan.
Para pengikutnya juga diseru supaya "pulang dengan selamat ke rumah masing-masing serta menghayati identiti Maori setiap hari dan menjalani kehidupan sebagai pengemudi utama," kata Te Arikinui.
Gerakan Kiingitanga (pergerakan Raja Maori) diasaskan pada 1858 dengan tujuan menyatukan masyarakat Maori di bawah seorang pemerintah berdaulat. Walaupun monarki Maori tidak mempunyai kuasa perundangan, institusi itu memainkan peranan simbolik dan budaya sebagai penyatu serta mempunyai pengaruh nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Zealand
#Ratu Maori
#Te Arikinui Nga wai hono i te po
#berkabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan