Skip to main content
Advertisement

Dunia

Ratusan masih hilang selepas gempa bumi di Colombia

Soldiers clear debris three days after an earthquake struck Cali, Colombia, Thursday, Aug. 13, 2026. (AP Photo/Ivan Valencia)
Anggota tentera mengalihkan runtuhan tiga hari selepas gempa bumi melanda Cali, Colombia. - Foto AP
Advertisement

BOGOTA: Ratusan individu masih dilaporkan hilang selepas gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda Colombia awal minggu ini, ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut data kerajaan, sekurang-kurangnya 273 orang terbunuh, lebih 3,800 cedera manakala 377 lagi dilaporkan hilang setakat Khamis.

Di Cali, bandar ketiga terbesar negara itu, sebahagian besar operasi kini beralih kepada kerja pembersihan runtuhan selepas tempoh kritikal 72 jam pertama berlalu.

Bagaimanapun, sembilan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang berkemungkinan masih hidup.

Gempa yang melanda pada pagi Isnin itu merosakkan ribuan rumah, sekolah dan hospital di kawasan barat Colombia, termasuk bandar Cali dan Pereira, serta menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.

Di beberapa kawasan terpencil, penduduk dilaporkan terpaksa menggali runtuhan dengan tangan sendiri bagi mencari mangsa kerana bantuan mengambil masa untuk tiba, manakala sesetengah komuniti masih berdepan gangguan bekalan air, elektrik dan gas.

Kerajaan Colombia menganggarkan lebih 12,500 rumah musnah akibat bencana berkenaan, sementara lebih 150 gegaran susulan direkodkan sejak Isnin lalu.

Presiden Abelardo De La Espriella turut mengumumkan rancangan mewujudkan dana pembinaan semula bagi membantu proses pemulihan kawasan yang terjejas.

 

 

Must Watch Video

Advertisement