awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan penerbangan dibatalkan, angin kencang landa China

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2025
23:30 MYT
Ratusan penerbangan dibatalkan, angin kencang landa China
Setakat Sabtu, sebanyak 413 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dibatalkan. - Foto AP
BEIJING: Angin kencang menyebabkan kekacauan di Beijing dan beberapa bahagian utara China, mengakibatkan ratusan penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api digantung.
Pentadbiran Meteorologi China (CMA) berkata, angin kencang itu berpunca daripada sistem pusaran sejuk yang terbentuk di Mongolia dan bergerak ke timur serta selatan.
Ia melanda utara China bermula Jumaat hingga hujung minggu.
Beijing sebelum ini mengeluarkan amaran jingga untuk angin kencang, kali pertama dalam tempoh sedekad, bagi hujung minggu ini.
CCTV melaporkan, setakat Sabtu, sebanyak 413 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dibatalkan.
Perkhidmatan kereta api termasuk laluan ekspres ke lapangan terbang dan beberapa laluan kereta api laju turut digantung.
Destinasi tarikan pelancong seperti Summer Palace, Temple of Heaven, Zoo Bbeijing dan taman tema Universal Studios turut ditutup sementara.
Hampir 300 pokok tumbang dan 19 kenderaan rosak akibat angin kencang di Beijing, namun tiada kecederaan dilaporkan.
China merupakan penyumbang terbesar gas rumah hijau di dunia di mana menurut saintis, menjadi punca perubahan iklim serta peningkatan kekerapan cuaca ekstrem.
Topic Berkaitan
#angin kencang
#pusaran sejuk
#lapangan terbang
#kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan