Skip to main content

Dunia

Ratusan rakyat Peru dinamakan sempena penyerang Norway Erling Haaland

Haaland_RENIECPERU
Reniec berkongsi imej janaan AI Haaland memakai topi tradisional Peru sambil memegang patung llama dalam hantaran di Facebook rasminya.
Advertisement

BUENOS AIRES: Kecintaan terhadap bola sepak melangkaui sempadan apabila pegawai banci Peru mengumumkan seramai 563 rakyat negara Amerika Selatan itu dinamakan sempena penyerang Norway dan Manchester City, Erling Haaland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Norway akan menentang England dalam penampilan sulungnya di suku akhir Piala Dunia lelaki, yang berlangsung di Miami pada Sabtu. Haaland telah menjaringkan tujuh gol pada kejohanan itu dan satu lagi aksi cemerlang berpotensi memberi impak melangkaui padang.

Daftar Kebangsaan Pengenalan dan Status Sivil Peru (Reniec) memaklumkan menerusi media sosial bahawa seramai 468 rakyat Peru menggunakan nama Haaland. Selain itu, 91 orang menggunakan nama Erling Haaland, manakala empat lagi berkongsi nama penuhnya, Erling Braut Haaland.

"Haaland juga ialah rakyat Peru," menurut hantaran itu yang turut memaparkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) Haaland memakai topi tradisional Peru sambil memegang patung llama.

Peru tidak layak ke Piala Dunia, dan pencapaian hebat Haaland dalam menjaringkan gol untuk Manchester City dipercayai menjadi sebab utama ramai ibu bapa di negara itu menamakan anak mereka sempena pemain berkenaan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement