awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan rumah musnah kebakaran hutan di Colorado

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2021
01:36 MYT
Ratusan rumah musnah kebakaran hutan di Colorado
Pasukan bomba dikerah dalam kerja pemadaman api di Colorado. - Foto REUTERS
COLORADO: Puluhan ribu penduduk di Colorado, Amerika Syarikat diarah berpindah selepas kebakaran hutan tercetus dan masih berlanjutan di dua bandar.
Ratusan rumah dilaporkan musnah dalam kejadian itu yang turut menyebabkan puluhan penduduk cedera.
Kebakaran hutan dipercayai berpunca daripada percikan api tiang elektrik yang tumbang akibat angin kencang, menurut Sherif Wilayah Boulder, Joe Pelle.
Setakat ini, kebakaran telah merebak ke kawasan lebih 647.5 hektar dan memusnahkan lebih 500 rumah, katanya dalam sidang media pada Khamis.
Keadaan cuaca yang buruk turut menyukarkan operasi pemadaman malah menyemarakan lagi api ke kawasan yang lebih luas.
Pesakit di Hospital Avista Adventist di Louisville turut dipindahkan terutama mereka dalam unit rawatan rapi (ICU) dan unit neonatal.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan mahupan mangsa yang hilang.
Kebakaran yang tercetus diburukkan lagi oleh musim kemarau yang melanda Colorado baru-baru ini.
Namun agensi cuaca meramalkan sajli bakal turun di negeri itu bermula Jumaat.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#musnah
#cedera
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan