awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan serpihan tulang manusia ditemukan dalam kolam

Sinar Harian
Sinar Harian
19/01/2020
22:42 MYT
Ratusan serpihan tulang manusia ditemukan dalam kolam
Lebih 200 serpihan tulang manusia ditemui dalam sebuah kolam di daerah Bang Khae, Bangkok. - Foto Agensi
Hampir 300 serpihan tulang dikeluarkan dari sebuah kolam berhampiran rumah seorang lelaki yang didakwa membunuh dan menyembunyikan mayat teman wanitanya.
Penyelam, Anusorn Pongkesa berkata, kebanyakan 288 tulang yang dijumpai 20 penyelam dalam pencarian selama lima jam itu adalah tulang manusia.
Khamis lalu, pihak berkuasa menemui rangka manusia yang dibalut dengan pakaian dan cadar serta disembunyikan di bawah objek logam besar diikat pada dumbel menggunakan rantai kira-kira lima meter dari kolam tersebut.
Usaha pencarian di dalam kolam diarahkan selepas saksi meyakinkan polis bahawa mungkin terdapat dua lagi mayat dalam kolam berdekatan rumah suspek Apichai Ongwisit, 40, di daerah Bang Khae, Bangkok.
Menurut sumber, polis merancang untuk mengeringkan kolam untuk mencari lebih banyak bukti kerana mereka percaya sekurang-kurangnya tiga orang masih hilang.
Serpihan tulang akan dihantar ke Hospital Siriraj untuk diperiksa dan dikenal pasti.
Selain kerusi batu, pintu logam turut ditemukan dan dipercayai digunakan sebagai pemberat salah satu mayat yang dibuang ke dalam kolam kerana terdapat kabel elektrik padanya.
Difahamkan, kes bermula Julai tahun lalu apabila Ongwisit dan teman wanitanya, Kik, 22, memfailkan aduan kepada polis menggesa pihak berkuasa menyiasat individu yang didakwa menyerang wanita itu secara seksual.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga Kik melaporkan kehilangannya dan ketika usaha mencari dilakukan polis menahan seorang lelaki bernama Chalermchai berusia 50-an yang memberi petunjuk penting mengenai kehilangan mangsa.
Awal bulan lalu, Ongwisit ditahan selepas polis menemui mayat Kik yang dibungkus dengan beg plastik dan dikebumikan di pekarangan rumahnya.
Topic Berkaitan
#Anusorn Pongkesa
#Apichai Ongwisit
#Bang Khae
#Chalermchai
#Hospital Siriraj
#Kik
#mayat teman wanita
#serpihan tulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan