awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km

Bernama
Bernama
19/12/2023
13:27 MYT
Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km
Rekahan itu jauh lebih panjang berbanding letusan di Semenanjung Reykjanes sejak tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar screengrab via reuters Production : Tom Little
REYKJAVIK: Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Semua jalan menuju Grindavik ditutup dan pihak polis menyeru orang ramai supaya menjauhi kawasan itu serta memberi amaran gas yang terhasil boleh menjadi toksik.
Bagaimanapun, trafik udara di Iceland tidak terjejas.
Letusan bermula pada petang Isnin di utara bandar Grindavik dan sebelum ini seramai 4,000 penduduk telah dipindahkan pada November sebagai langkah awal.
Menurut ahli vulkanologi Armann Hoskuldsson, rekahan di gunung berapi sudah mencecah hingga empat kilometer menjelang awal pagi.
Rekahan itu jauh lebih panjang berbanding letusan di Semenanjung Reykjanes sejak tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Aliran lahar juga jauh lebih besar iaitu sekitar 100 hingga 200 meter padu sesaat.
Hoskuldsson menganggarkan letusan akan berlangsung selama tujuh hingga 10 hari.
Letusan itu juga telah menyebabkan penutupan sementara Blue Lagoon iaitu antara pusat tarikan pelancong paling terkenal di Iceland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#tarikan pelancong
#amaran gas
#trafik udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan