awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja terperangkap Gua Tham Luang hadir majlis kesyukuran

Agensi
Agensi
20/07/2018
02:47 MYT
Remaja terperangkap Gua Tham Luang hadir majlis kesyukuran
Remaja yang terperangkap dalam Gua Tham Luang memberi penghormatan kepada penyelam yang maut semasa operasi menyelamat Saman Kunan, pada upacara keagamaan di kuil di Mae Sai, Chiang Rai, Thailand, 19 Julai, 2018. REUTERS
Kesemua remaja pasukan bola sepak Thailand yang terperangkap dalam Gua Tham Luang menyertai satu upacara keagamaan sebagai memanjatkan kesyukuran susulan kejayaan operasi menyelamatkan mereka kira-kira 10 hari lalu.
Upacara yang diadakan di sebuah kuil di Mae Sai pada Khamis itu turut dihadiri saudara-mara kumpulan remaja berkenaan.
Mengikut kepercayaan Buddha, upacara itu bertujuan melanjutkan usia penganutnya.
Dua belas remaja tersebut, yang berusia antara 11 dan 16 tahun, bersama jurulatih mereka yang berusia 25 tahun, dibenarkan keluar dari hospital di Chiang Rai pada Rabu minggu lalu.
Mereka membuat kemunculan pertama di khalayak ramai pada hari yang sama.
Satu momen istimewa turut dirakam menunjukkan kesemua remaja berkenaan bermain bola sepak dengan penyelamat mereka selepas dibenarkan keluar hospital.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Chiang Rai
#Gua
#keagamaan
#kesyukuran
#kuil
#remaja
#Thailand
#Tham Luang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan