DUNIA
Restoran di China dikecam tawar menu bersama pakej belai anak singa

Restoran mewah di Taiyuan, China cetus kontroversi selepas tawarkan pakej teh petang bersama anak singa dengan harga sekitar RM2,400. -Gambar hiasan/Unsplash
TAIYUAN: Sebuah restoran mewah di bandar Taiyuan, wilayah Shanxi, China mencetuskan kontroversi selepas menawarkan pakej minum teh petang bersama peluang untuk memeluk anak singa.
Ringkasan AI
- Restoran mewah di Taiyuan, China cetus kontroversi selepas tawarkan pakej teh petang bersama anak singa dengan harga sekitar RM2,400.
- Tindakan itu dikritik sebagai eksploitasi haiwan oleh PETA dan netizen, yang mendesak pihak berkuasa ambil tindakan.
- Pihak berkuasa tempatan sedang jalankan siasatan terhadap lesen dan pematuhan undang-undang perlindungan haiwan.
Promosi tersebut dipaparkan secara meluas di platform media sosial China seperti Douyin dan WeChat.
Namun, tindakan restoran itu mengundang kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai eksploitasi haiwan.
Naib Presiden Kanan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), Jason Baker, menyelar tindakan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan berbahaya.
“Merenggut anak singa daripada induknya semata-mata untuk hiburan pelanggan adalah satu bentuk eksploitasi, bukan pengalaman mesra haiwan,” katanya dalam kenyataan kepada media antarabangsa.
Netizen China turut meluahkan rasa tidak puas hati, menyifatkan pakej tersebut sebagai hiburan orang kaya yang tidak beretika dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap restoran berkenaan.
Setakat ini, pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun laporan media menyebut bahawa siasatan awal sedang dijalankan bagi menilai kesahihan lesen dan pematuhan terhadap undang-undang perlindungan haiwan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami