awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan dipindahkan akibat banjir besar di selatan Thailand

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2025
23:30 MYT
Ribuan dipindahkan akibat banjir besar di selatan Thailand
Anggota pasukan penyelamat mengagihkan bekalan bantuan kepada mangsa yang terkandas di kawasan banjir di Daerah Hat Yai, susulan hujan lebat berterusan yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand. - Foto REUTERS
BANGKOK: Hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir besar melanda selatan Thailand, memaksa ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan terjejas, menurut kenyataan rasmi pihak berkuasa.

Ringkasan AI
  • Banjir besar melanda selatan Thailand disebabkan oleh hujan lebat berterusan, memaksa ribuan penduduk dipindahkan dari 10 wilayah selatan termasuk Songkhla, Surat Thani, dan Pattani.
  • Lebih 1.9 juta penduduk terjejas, dengan Daerah Hat Yai di Songkhla diisytiharkan sebagai zon merah, memaksa pemindahan segera di 115 subdaerah dan 821 kampung.
  • Operasi kecemasan dilaksanakan dengan bantuan tentera dan polis sempadan bagi menyelamatkan mangsa banjir, sementara keperluan bantuan kecemasan dan risiko tanah runtuh dijangka berterusan sehingga hujung minggu.

Setakat Isnin, banjir telah menenggelamkan 10 wilayah selatan termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), lebih 1.9 juta penduduk dari 720,000 isi rumah telah terjejas, dengan paras air terus meningkat di beberapa daerah kritikal.
Wilayah Songkhla paling teruk terjejas, dengan Daerah Hat Yai diisytiharkan sebagai zon merah, memaksa pemindahan segera di lebih 115 subdaerah dan 821 kampung.
Operasi kecemasan telah digerakkan, termasuk bantuan tentera dan polis sempadan bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan terpencil.
Rakaman media tempatan menunjukkan penduduk meredah air separas pinggang, manakala kedai dan kenderaan tenggelam sepenuhnya di kawasan komersial Hat Yai.
Beberapa penduduk dilihat menarik anak-anak kecil menggunakan kotak plastik sebagai alat pengangkutan sementara.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan monsun dijangka berterusan sehingga hujung minggu, dengan risiko tanah runtuh dan gangguan bekalan asas semakin meningkat.
Bantuan kecemasan dan pusat perlindungan sementara telah dibuka di seluruh wilayah terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#zon merah
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan